Saturday, November 24, 2018

KEPIMPINAN DAN ORGANISASI


GAYA KEPIMPINAN...


  • Autokratik
         Pembentukan hubungan sehala antara pemimpin dan yang dipimpin serta arahan diberikan dari minimum ke maksimum dengan kawalan yang ketat kerana kurang percaya kepada orang lain.
  • Demokratik
          Gaya yang lebih liberal kerana pemimpin sedia menerima pendapat orang lain dan keputusan yang diambil adalah bersama.
  • Laissez-faire
         Memberi kebebasan kepada ahli-ahli yang dipimpin. Unsur-unsur kawalan kurang kerana pemimpin kurang mengambil bahagian dalam pelaksanaan aktiviti. Pemimpin sebagai pemerhati.
  • Kontigensi
          Penyesuaian gaya kepimpinan mengikut keperluan serta tiada cara khusus yang sama dalam semua keadaan ketika memimpin. Lebih mengutamakan penganalisisan terhadap kepentingan dan keperluan mengikut keadaan.
  • Asertif
          Gaya yang bersungguh-sungguh, tegas, bersikap terbuka serta memberi pendapat yang mudah diterima oleh ahli lain. Meyakinkan orang dengan kekuatan serta kebolehan diri sebagai seorang pemimpin.
  • Responsif
          Pemimpin yang mendengar dan melihat dahulu sebelum bertindak. Tidak memulakan sesuatu tetapi memberi reaksi ke atas sesuatu. Terhindar dari konflik kerana merupakan pemimpin yang boleh diterima ramai.



KEPIMPINAN PERINGKAT SEKOLAH


1. Pengetua

2. Penolong Kanan Pentadbiran

3. Penolong Kanan HEM

4. Penolong Kanan Ko-kurikulum

5. Guru Kanan Bidang @ Guru Panitia

6. Lembaga Guru-guru



Apakah cara gaya kepimpinan anda pula?




No comments:

Post a Comment