GURU MERUPAKAN SEORANG "MODEL"...
- Guru ialah imej pelajar dalam pelbagai aspek
- Guru pemberi pengetahuan luas
- Guru mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi
- Guru mempunyai emosi yang stabil
- Guru pencorak peribadi murid
- Guru merupakan agen sosial seorang pelajar
PERWATAKAN GURU DALAM KELAS
Guru penjinak singa
Seorang guru harus berkelakuan sedemikian jika : murid-murid sering nakal, murid tidak minat belajar, pelajar sukar menerima apa yang ingin disampaikan, pelajar hanya akan belajar jika ujian kerap dilakukan.
Guru penghibur
Murid yang mempunyai minat yang kurang belajar, guru perlu menggunakan alat bantu mengajar semasa PdP, hubungan guru dan murid haruslah rapat
Guru romantik
Murid minat belajar dan mereka serius ketika pembelajaran dan pengajaran dilakukan, guru dilihat sebagai fasilitator, hubungan guru dan pelajar tidak mempunyai kaitan yang lebih selain guru-pelajar.INTERAKSI PELAJAR DALAM KUMPULAN
- Interaksi satu hala
Guru melantik ketua setiap kumpulan untuk menyampaikan pesanan bagi melicinkan aktiviti kumpulan.
- Interaksi dua hala
Interaksi antara ketua kumpulan dengan ahlinya semasa kerja kumpulan.
- Interaksi dua hala antara kumpulan
Beberapa kumpulan kecil dipilih untuk berinteraksi, lalu bergabung kepada satu kumpulan besar.
No comments:
Post a Comment