Apakah itu pendidikan?
Pendidikan berpegang kepada dua konsep utama iaitu "didik" dan "latih".
- Pendidikan merupakan sistem
"pendidikan merupakan satu sistem perkembangan intelektual, jasmani, kerohanian dan emosi"(Aristotle)
- Pendidikan ialah proses
"pendidikan sebagai proses membentuk kecenderungan asasi yang berupa kepercayaan dan perasaan terhadap alam sejagat dan sesama manusia. Ia juga merupakan suatu proses mengatur dan menambah pengetahuan yang dimiliki supaya dapat hidup selamat." (John Dewey)
- Pendidikan ialah penambahan ilmu
"pendidikan ialah penambahan ilmu untuk menghampirkan diri denagn kesempurnaan fitrah dan memahami daya usaha yang terdapat pada bakat dan watak seseorang" (Stuart Mill)
- Pendidikan ialah mendidik
"pendidikan ialah mendidik iaitu memimpin keluar melalui proses tunjuk ajar, latihan dan indoktrinasi". (Ducasse)
KONSEP & PENGERTIAN PENDIDIKAN DALAM ISLAM
- Tarbiah : mengasuh, memelihara, membaiki
- Ta'adib : mendidik, membentuk adab dan akhlak
TAHAP PENGURUSAN KURIKULUM DALAM BILIK DARJAH
- Perancangan : analisis keperluan dan persiapan dokumen kurikulum
- Implementasi : pelaksanaan sebenar kurikulum di bilik darjah
- Penilaian : penilaian bagi keperluan pembaikan / perubahan kurikulum
PRINSIP PENGAJARAN
- Pengajaran perlu dirancang mengikut fasa dan turutan
Menyediakan aktiviti ringkas bagi menarik minat dan perhatian melalui bahan yang sesuai serta aras pencapaian yang dikehendaki seperti KBAT. Perkara ini harus mengukuh isi yang ingin disampaikan kepada pelajar secara ringkasnya.
- Pengajaran harus dipelbagaikan teknik pengajarannya
Penggunaan kreativiti para guru untuk mempelbagaikan teknik pengajaran yang boleh mengekalkan tumpuan pelajar dengan mengambil kira faktor masa, kestabilan minda pelajar ketika menyampaikan maklumat kepada mereka.
- Mewajibkan penglibatan setiap pelajar
Penglibatan pelajar harus bersifat dua hala dengan menekankan kemesraan, persekitaran kondusif dan paling utama pelajar harus aktif ketika interaksi melalui penyoalan, pemberian pandangan / pendapat atau hujah mereka mengenai apa yang disampaikan oleh guru.
PRINSIP PEMBELAJARAN
- Pemberian latihan selepas proses pengajaran dilakukan.
- Memberikan persekitaran yang kondusif ketika pengajaran.
- Pengajaran yang bermatlamat iaitu secara teratur dan sistematik.
FAKTOR MEMPENGARUHI KESEDIAAN BELAJAR
- Kematangan fizikal seseorang pelajar untuk menerima pengajaran yang disampaikan.
- Mengekalkan perhatian murid ketika proses pengajaran dilakukan.
- Memberi dorongan kepada pelajar yang memerlukan untuk mengekalkan minat mereka.
- Memberi pengalaman yang tersendiri oleh pelajar tersebut melalui penglibatan mereka.
REFLEKSI DIRI :
Bolehkah anda sebagai seorang pendidik menyampaikan ilmu yang 100% kepada pelajar anda dengan bantuan pendidikan yang tersendiri anda? Cuba kita fikirkan.
No comments:
Post a Comment