Saturday, November 24, 2018

PENGURUSAN MURID


Apakah itu pengurusan murid ?

Pengurusan murid melibatkan aktiviti harian seperti :
  • Mengurus rekod murid
  • Kesediaan murid belajar
          - Kesediaan kognitif      : berkait rapat dengan mental untuk memahami dan juga berfikir

          - Ksesediaan afektif       : merujuk kepada sikap, keinginan, ketekunan, perasaan, minat dan nilainya untuk menerima pelajaran yang disampaikan

          - Kesediaan psikomotor : penguasaan kemahiran yang berpusat kepada tindakan fizikal termasuk perkembangan fizikal iaitu fungsi anggota dan pengawalan penyelarasan penggerak dalam tubuh badan          
  • Memotivasikan murid  

KEPIMPINAN DAN ORGANISASI


GAYA KEPIMPINAN...


  • Autokratik
         Pembentukan hubungan sehala antara pemimpin dan yang dipimpin serta arahan diberikan dari minimum ke maksimum dengan kawalan yang ketat kerana kurang percaya kepada orang lain.
  • Demokratik
          Gaya yang lebih liberal kerana pemimpin sedia menerima pendapat orang lain dan keputusan yang diambil adalah bersama.
  • Laissez-faire
         Memberi kebebasan kepada ahli-ahli yang dipimpin. Unsur-unsur kawalan kurang kerana pemimpin kurang mengambil bahagian dalam pelaksanaan aktiviti. Pemimpin sebagai pemerhati.
  • Kontigensi
          Penyesuaian gaya kepimpinan mengikut keperluan serta tiada cara khusus yang sama dalam semua keadaan ketika memimpin. Lebih mengutamakan penganalisisan terhadap kepentingan dan keperluan mengikut keadaan.
  • Asertif
          Gaya yang bersungguh-sungguh, tegas, bersikap terbuka serta memberi pendapat yang mudah diterima oleh ahli lain. Meyakinkan orang dengan kekuatan serta kebolehan diri sebagai seorang pemimpin.
  • Responsif
          Pemimpin yang mendengar dan melihat dahulu sebelum bertindak. Tidak memulakan sesuatu tetapi memberi reaksi ke atas sesuatu. Terhindar dari konflik kerana merupakan pemimpin yang boleh diterima ramai.



KEPIMPINAN PERINGKAT SEKOLAH


1. Pengetua

2. Penolong Kanan Pentadbiran

3. Penolong Kanan HEM

4. Penolong Kanan Ko-kurikulum

5. Guru Kanan Bidang @ Guru Panitia

6. Lembaga Guru-guru



Apakah cara gaya kepimpinan anda pula?




SIAPAKAH SEORANG GURU?


GURU MERUPAKAN SEORANG "MODEL"...


  • Guru ialah imej pelajar dalam pelbagai aspek
  • Guru pemberi pengetahuan luas
  • Guru mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi
  • Guru mempunyai emosi yang stabil
  • Guru pencorak peribadi murid
  • Guru merupakan agen sosial seorang pelajar

PERWATAKAN GURU DALAM KELAS

Guru penjinak singa

Seorang guru harus berkelakuan sedemikian jika : murid-murid sering nakal, murid tidak minat belajar, pelajar sukar menerima apa yang ingin disampaikan, pelajar hanya akan belajar jika ujian kerap dilakukan.

Guru penghibur

Murid yang mempunyai minat yang kurang belajar, guru perlu menggunakan alat bantu mengajar semasa PdP, hubungan guru dan murid haruslah rapat

Guru romantik

Murid minat belajar dan mereka serius ketika pembelajaran dan pengajaran dilakukan, guru dilihat sebagai fasilitator, hubungan guru dan pelajar tidak mempunyai kaitan yang lebih selain guru-pelajar.


INTERAKSI PELAJAR DALAM KUMPULAN


  • Interaksi satu hala
          Guru melantik ketua setiap kumpulan untuk menyampaikan pesanan bagi melicinkan aktiviti kumpulan.
  • Interaksi dua hala
          Interaksi antara ketua kumpulan dengan ahlinya semasa kerja kumpulan.
  • Interaksi dua hala antara kumpulan

          Beberapa kumpulan kecil dipilih untuk berinteraksi, lalu bergabung kepada satu kumpulan besar.







MATLAMAT PEMBELAJARAN


Apakah itu pendidikan?

 Pendidikan berpegang kepada dua konsep utama iaitu "didik" dan "latih".


  • Pendidikan merupakan sistem
          "pendidikan merupakan satu sistem perkembangan intelektual, jasmani, kerohanian dan emosi"(Aristotle)

  • Pendidikan ialah proses
          "pendidikan sebagai proses membentuk kecenderungan asasi yang berupa kepercayaan dan perasaan terhadap alam sejagat dan sesama manusia. Ia juga merupakan suatu proses mengatur dan menambah pengetahuan yang dimiliki supaya dapat hidup selamat." (John Dewey)

  • Pendidikan ialah penambahan ilmu
          "pendidikan ialah penambahan ilmu untuk menghampirkan diri denagn kesempurnaan fitrah dan memahami daya usaha yang terdapat pada bakat dan watak seseorang" (Stuart Mill)

  • Pendidikan ialah mendidik
         "pendidikan ialah mendidik iaitu memimpin keluar melalui proses tunjuk ajar, latihan dan indoktrinasi". (Ducasse)


KONSEP & PENGERTIAN PENDIDIKAN DALAM ISLAM

  1. Tarbiah : mengasuh, memelihara, membaiki
  2. Ta'adib : mendidik, membentuk adab dan akhlak 

TAHAP PENGURUSAN KURIKULUM DALAM BILIK DARJAH

  • Perancangan : analisis keperluan dan persiapan dokumen kurikulum
  • Implementasi : pelaksanaan sebenar kurikulum di bilik darjah
  • Penilaian : penilaian bagi keperluan pembaikan / perubahan kurikulum

PRINSIP PENGAJARAN

  • Pengajaran perlu dirancang mengikut fasa dan turutan 
          Menyediakan aktiviti ringkas bagi menarik minat dan perhatian melalui bahan yang sesuai serta aras pencapaian yang dikehendaki seperti KBAT. Perkara ini harus mengukuh isi yang ingin disampaikan kepada pelajar secara ringkasnya. 

  • Pengajaran harus dipelbagaikan teknik pengajarannya
          Penggunaan kreativiti para guru untuk mempelbagaikan teknik pengajaran yang boleh mengekalkan tumpuan pelajar dengan mengambil kira faktor masa, kestabilan minda pelajar ketika menyampaikan maklumat kepada mereka.

  • Mewajibkan penglibatan setiap pelajar 
         Penglibatan pelajar harus bersifat dua hala dengan menekankan kemesraan, persekitaran kondusif dan paling utama pelajar harus aktif ketika interaksi melalui penyoalan, pemberian pandangan / pendapat atau hujah mereka mengenai apa yang disampaikan oleh guru.
          

PRINSIP PEMBELAJARAN

  • Pemberian latihan selepas proses pengajaran dilakukan.
  • Memberikan persekitaran yang kondusif ketika pengajaran.
  • Pengajaran yang bermatlamat iaitu secara teratur dan sistematik.

FAKTOR MEMPENGARUHI KESEDIAAN BELAJAR

  1. Kematangan fizikal seseorang pelajar untuk menerima pengajaran yang disampaikan.
  2. Mengekalkan perhatian murid ketika proses pengajaran dilakukan.
  3. Memberi dorongan kepada pelajar yang memerlukan untuk mengekalkan minat mereka.
  4. Memberi pengalaman yang tersendiri oleh pelajar tersebut melalui penglibatan mereka.


REFLEKSI DIRI :

Bolehkah anda sebagai seorang pendidik menyampaikan ilmu yang 100% kepada pelajar anda dengan bantuan pendidikan yang tersendiri anda? Cuba kita fikirkan.









Wednesday, November 14, 2018

PENGURUSAN PEMBELAJARAN


  • Aktiviti yang teratur dan sistematik bagi mencari jawapan kepada beberapa  

soalan khusus yang dikemukakan tentang sesuatu masalah yang hakikatnya sudah dikenalpasti.

  • Proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli organisasi dan 

menggunakan sumber-sumber untuk mencapai matlamat tertentu.


Mengapa P&P penting dalam profesion anda?
Pengurusan menambah pengetahuan, mutu amalan kerja guru dan produktiviti pelajar.


Apakah kaedah pengurusan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran?
  1. Pendekatan dan kaedah pengurusan
  • Berpusatkan pelajar
  • Berpusatkan bahan
  • Berpusatkan guru
  • Berpusatkan pelajar, bahan dan guru


  1. Pendekatan dan kaedah kursus
  • Pengurusan bahan pembelajaran
  • Pengurusan tempat
  • Pengurusan masa
  • Pengurusan siapa yang mengajar


Konsep guru dan profesional
Guru profesional harus menguasai dan mengurus tujuh (7) jenis pengetahuan iaitu :
  • Pelajar
  • Pedagogi
  • Kurikulum
  • Konten pedagogi
  • Kandungan mata pelajaran
  • Konteks pendidikan di Malaysia
  • Tujuan dan falsafah pendidikan di Malaysia

Pengurusan pembelajaran juga harus dilaksanakan dalam pelbagai aspek
seperti tradisional, moden, barat, islam, cina, india dan pembelajaran sepanjang hayat.

Thursday, October 4, 2018

SOSIALIS…


KONSEP SOSIALIS
•
•Proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial.
•
•Proses pembelajaran berterusan yang bermula dari pemindahan norma atau nilai dalam sesebuah keluarga atau budaya.
•
•Pelajaran dari tahap kanak-kanak akan menjadi pendirian atau konsep diri seseorang.



TEORI SOSIALIS
Teori memberi perhatian kepada :
  • ·         Perhubungan kognitif
  • ·         Pemerolehan moral
  • ·         Perkembangan kemahiran social




Jenis sosialis :
  • ·         Primer : tahap permulaan yang bermula dari keluarga.
  • ·         Sekunder : tahap mengenali orang luar seperti rakan dan masyarakat sekeliling.
  • ·         Resosialis : proses menukar konsep diri dan cara hidup sedia ada.

     : faktor resosialis :
Ø  Agama
Ø  Pendidikan
Ø  Ekonomi
Ø  Kerajaan
Ø  Prasarana persekitaran politik
Ø  Keluarga

TEORI YANG DIBINCANGKAN OLEH TOKOH-TOKOH :


IBN KHALDUN (1332-1406)
  •        Mengkaji perubahan dan fenomena sosial
  •        Mengkaji perkaitan antara institusi sosial 
  •            Mengkaji perbezaan masyarakat primitif dan moden
  • ·         Menghubungkan pemikiran sosiologi dengan sejarah.
  • ·         Membuat penyelidikan masyarakat secara saintifik dan empirical.


AUGUSTU COMTE (1798-1857)
  • Mengasaskan ilmu sosiologi barat.    
  • Memperkenalkan hierarki sains dengan sosiologi kedudukan teratas (ratu).       
  • Memperkenalkan sosiologi ilmu sains paling kompleks berbanding sains lain.       
  • Membuat penyelidikan secara saintifik dan sistematik.       
  • Membahagikan masyarakat kepada static dan dinamik.       
  • Mengatakan bahawa perubahan dan perkembangn masyarakat secara evolusi     
  • Menekankan perkembangan pembahagian tugas dalam masyarakat moden.


KARL MAX (1818-1883)
  • ·         Menganalisi hubungan masyarakat dengan system kapitalis dan mencipta teori melalui penelitian terhadap proses perubahan sosial.
  • ·         Perubahan sosial adalah dari pengaruh ekonomi.
  • ·         Mengkritik kapitalisme
  • ·         Pengasas teori konflik.


EMILE DURKHEM (1858-1917)
  • ·         Mengkaji manusia seperti mengkaji benda fungsionalisme.
  • ·         Menjelaskan perkembangan pembahagian tugas masyarakat.


MAX WEBER (1864-1920)
  • ·         Menyatakan bahawa stratifikasi disebabkan oleh multidimensi iaitu berasaskan ekonomi, status dan kuasa.
  • ·         Agama itu penting sebagai agen perubahan.
  • ·         Perubahan social daripada idea dan nilai. (selain ekonomi).
  • ·         Melalui kajian social, manusia perlu mengambil kira tentang peri laku.


GEORGE HERBERT MEAD (1863-1931)
  • ·         Berkonsepkan simbol dan bahasa.
  • ·         Menggunakan teori ‘Interaksionisme simbolik’ yang menggunakan simbol yang bermakna.
  • ·         Konsep menerangkan tentang : kualiti, masyarakat dan minda
  • ·         Simbol menerangkan tentang : peralatan, objek, perlakuan dan bahasa
  • ·         Kendiri menerangkan definisi siapakah kita untuk kita mengenali diri kita.